CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

5 February 2012

berjalan sakan with my family..

hari ini saya happy sangat2 sebab saya dan my family berjalan sakan.. memang seronok.. jalan2 menghabiskan duit, hehe. bila keluar memang tak ingat nak balik rumah. biasalah kami jarang keluar bersama. bila dah keluar memang tak nak balik. kami keluar pukul10 lebih sampai petang baru kami balik, haha.


awal pagi kami keluar pergi beli barang dapur kat kedai 1 malaysia yang bertempat di pekan rabu, tampoi. beli barang2 keperluan seperti sabun mandi, roti, sos2 dan sebagainya. memang boleh bandingkan harga barang 1 malaysia dengan harga barang yang dijual di kedai2 biasa. saya bangga dengan kerajaan kerana mampu mengeluarkan barang2 1 malaysia, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia mampu berjimat. kawan2 kalau anda hendak berjimat, anda boleh membeli barang 1 Malaysia di kedai2 yang menjual barang 1 Malaysia.
"saya cuma window shopping je kat sana, sebab belum gaji lagi, kalau tidak memang saya dah beli barang2 saya, saya berkenan pula dengan beg2 dan baju jubah ada manik2. kalau dah gaji memang saya dah beli. selama ni saya tak pernah jejakkan kaki kat pekan rabu pun, saya ingat kat situ cuma tempat buat pasport je, rupanya ada gerai2 kecil, kedai makan, ada kedai kraftangan dan macam2. jakun kan saya jadi warga JB tapi tak tahu pasal pekan rabu? malunya tapi sekarang saya dah tahu. hehe.."

JOMLAH KITA SAMA2 SHOPPING DI KEDAI SATU MALAYSIA




destanasi kami seterusnya of course la kedai makan, memandangkan dah tengahari, jadi kami pergilah kedai makan. kami pergi makan kat warung tepi jalan kat taman perling, yummy yummy... tak sempat pula nak ambil gambar lauk kami, macam2 lauk kami ambil, saya ambil ikan keli goreng, sedap tu, bukan selalu saya dapat makan ikan keli. alhamduillah rezeki Allah utk kami sekeluarga. hari ini ayah tak kerja jadi kami ajaklah keluar sakan. hehe.


selepas makan, kami pergi pula Sutera Mall utk pergi menghabiskan baucer adik saya, haha. adik saya yang no 2 dapat bantuan baucer 1 Malaysia, jadi kami pergilah sutera mall utk singgah kedai buku Popular. sampai sana adik saya tak tahu nak beli apa? tujuan saya masuk popular memang nak beli novel, saya kan gila novel, so saya carilah novel. saya beli novel dan buku motivasi, hehe. adik saya beli alat tulis dengan baucer RM50 itu, saya pun menyibuk tumpang beli pen, haha. kelakar sangat, nak tahu kenapa? semua barang itu harganya kurang dari RM50, cashier itu cakap harga kurang dari RM50, jadi dia suruh ambil gula-gula atau barang depan kaunter itu. saya pun apa lagi capailah coklat, adik saya ambil gula-gula. itupun tak cukup RM50, kami pun capailah gula-gula lagi, last2 lebih RM50 pula, yang lebihnya kami bayar pakai tunai, haha. kelakar sangat.

"kelakar sangat masa itu, hehe. untung kan pelajar-pelajar IPTS dan IPTA,
dapat baucer 1 Malaysia. masa saya tak ada pun baucer ni.
ruginya saya dah habis belajar, tak merasa pun baucer2 ni.
kat bawah ni saya post gambar barang kami beli dengan baucer 1 Malaysia."



dah keluar dari sutera mall, kami masih tak nak balik rumah, kami mengajak ayah jalan2 lagi, saya mengajak pergi Hutan Bandar Mutiara Rini tapi mak cakap panaslah, adik saya kata pergi fotostat kat Taman U, so kami teruslah pergi kedai fotostat kat Taman U. kat sana tak lama, sekejap je, hantar buku dan terus keluar. saya tanya mak nak pergi mana lagi? mak cakaplah nak beli lauk, ayah pun bagi idea pergi beli lauk kat Skudai Parade, wah kami pun seronok la sebab tak balik rumah. sebab kami hari ni rasa malas nak duduk rumah, haha.

destinasi kami seterusnya Skudai Parade, apa lagi kami pun pergilah beli lauk kat sana. tapi kat sana kami cuma beli lauk je, kami tak jalan2 pergi window shopping pun, kami cuma masuk econsave je. hehe. dah puas beli lauk, nak jalan ke kereta pun ada situasi kelakar juga. saya dengan mak saya pergi beli buah potong kat kedai runcit dalam SP (skudai parade). ayah dengan adik saya pergilah nak letak barang dulu, malas nak tunggu saya dan mak. lepas saya dan mak selesai beli buah potong, kami pun teruslah pergi kat parking kereta, sampai kat kereta saya dengan mak pelik kenapa ayah dengan adik2 tak ada kat parking, saya pun call lah ayah tanya kat mana? rupanya ayah sesat tak ingat dia parking kat mana? saya pun cakaplah dengan ayah, ayah parking kereta kat B3, dia boleh naik atas, padahal B3 tu kat bawah. haha. dah saya pergi cari ayah kat parking atas, kelakar sangat2, ayah boleh lupa dia parking kat mana.. kelakar2. alasan dia dah lama tak pergi SP.

"saya geli hati je. bukan selalu dapat ketawa."


destinasi terakhir iaitu MCD Taman Tun, pergi ambil adik saya yang no 3, dia kerja, dia tak dapat ikut kami jalan2. huhu. sementara kami tunggu adik saya balik, kami pun apa lagi pose sini sanalah, tak ada kerja kan? haha. tak berhenti ambil gambar.

tunggu teah, lama sgt..

kami kegedikan, haha. :)

comel kn kami?

i love kak baby..

muka penat tggu teah.
akhirnya kami balik juga, haha. penat seharian berjalan, kami sampai rumah dalam pukul6.15. walaupun kami penat tapi kami happy, walaupun tak cukup forum (teah tak ada sebab kerja), tak apa2 lain kali kita kena cukupkan forum ok? hehe.

p/s : saya happy sgt2, walaupun saya kesunyian tanpa kekasih tapi saya mampu kuatkan hati ni dgn adanya family di sisi saya. saya cekal utk tempuhinya dgn family saya, insyaAllah..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...